Dugaan Mengandung Kena Sakit Kayap
Assalamualaikum dan salam ceria.
Raihan nak kongsikan pengalaman sendiri alami kena sakit kayap ketika mengandung. Allah sahaja yang tahu sakitnya. Kisahnya minggu lepas selasa Raihan perasan kat bahagian dahi belah kanan timbul merah-merah beberapa tompok pula tu. So rasa mungkin jerawat ngada-ngadalah nak keluar dah hujung-hujung nak bersalin.
Tapi esoknya makin teruk bila jadi berair dan makin membesar. Tunjuk dekat encik suami. Dia bagitau macam kena gigit semut charlie. Bila google tengok kes kena gigit semut ni teruknya. Ada lagi teruk. Allah seramnya lagi. Ni pun dah rasa lain macam je kepala sakit denyut dan rasa bengkak bahagian tepi dan belakang telinga.
Merah-merah gatal |
Raihan decide nak pergi klinik juga walaupun ada yang suggest just pergi farmasi tanya krim untuk gigitan semut charlie. Sebab dah tak boleh tahan sakit denyut-denyut tu. Malam khamis tu pergi ke klinik Wan Elina. Doktor ingat nak scan baby sebab tengok raihan mengandungkan tapi sebenarnya nak tunjuk muka ni teruk benar dah.
Doktor tengok dan terus kata.. oo..ni shingles. Terkebil-kebil raihan dan suami..amende tu...haha. Bahasa melayunya kayap rupanya. Terkejut mak tak pernah terfikir nak jadi kat diri ni. Allah uji masa mengandung ni. Doktor bgtau memang akan rasa sakit denyut-denyut merenyam. Sebab ia libatkan saraf bengkak. Doktor ni best kalau explain memang panjang lebar. Walaupun lama tak pergi klinik tapi klinik ni antara klinik terbaik dari segi consultation Doktor Wan Elina tu.
Sakit tu kifarah dosa mudah-mudahan. Kalau selama ni sihat jarang jatuh sakit. Allah uji sakit pula masa mengandung ni. Raihan pun tak boleh nak jumpa orang lah ni sebab doktor kata boleh berjangkit. Tak boleh dekat dengan anak dan suami juga. Mudah-mudahan baby pun tak apa. Sistem imun ibu hamil ni rendah.
Dan mungkin sebab sebelum ni raihan banyak berjalan dan ada waktu penat juga. Mana taknya sibuk uruskan persiapan qaireen nak sekolah dah juga persiapan beli barang baby lagi. Memang ada berapa hari tu berjalan sahaja. So masa tu lah dia nak serang bila badan penat dan tak bertenaga.
Doktor bagitau juga siapa yang pernah kena chicken pox risiko untuk kena kayap ni pun ada. Sebab ia dari virus yang sama. Tapi tak ingat kecik2 ada kena chicken pox ke. Mohon doakan Raihan cepat sembuh ye. Alhamdulillah ni dah seminggu juga makin beransur pulih raihan amalkan supplement Shaklee je. Selain tu krim sapu dan ubat cuci klinik.
Ubat luaran dan panadol klinik. |
Doktor bagi paracetamol juga kata selamat untuk ibu hamil. Tapi sebab raihan sendiri pun tak yakin. So better ambil yang selamat. Vitamin Shaklee yang raihan amalkan sedia ada Raihan upkan dos. Bagus untuk imun badan juga. Moga Allah beri kesembuhan cepat. Bulan depan nak bersalin lak. Risau hati ni.....
Raihan amalkan set hamil Shaklee macam biasa. Vitalea, B Complex, Vitamin dan Ostematrix. Raihan up dos vitamin c sebab bagus untuk imun badan. Vitalea ni multivitamin bagus untuk bagi tenaga. B complex dan Ostematrix bagus untuk urat saraf yang bengkak tu. Selain bagi tahan sakit juga.
Makan pun suami yang masak mengandung ni. Menu masakan pantang. Tak pasal-pasal pantang awal.haha.. padahal due bulan depan. Memang elak makan seafood, ayam dan telur. Sayur dan buah pun pantang yang bukan sejuk. Minum air kelapa muda juga. Suami juga tolong sapukan beras tumbuk campur bedak sejuk atas dahi. Alhamdulillah dapat suami yang penyayang..ewah!!
Ni dah tinggal kuping tapi masih gatal lagi. |
Gambar Raihan share kat atas dahi. Sebenarnya ada kat atas kepala kat bawah rambut pun ada. Luka kayap menyorok kat situ. hehe.. Mujurlah tersorok kalau tak jenuh nak hilangkan parut. hihi... Ramai yang suggest pergi ubat tradisional or berubat dengan ustaz.
Paling kelakar petua cari janda kahwin dengan bujang. Suruh kunyah sirih pastu sembur kat tempat kayap. Suami memang tak benarkanlah. Baik ikhtiar lain sebab petua pelik-pelik. Mana petua boleh ikut tu memang ikut.
Apapun ikhtiar dan doa pada Allah jua. Ni dah nak ok dah. Tinggal gatal-gatal dan parut aje.
Panjang berjela pula. Oklah sekian sharing Raihan. Doakan Raihan cepat sembuh ye.
Comments