Sekejapnya Anak Mama Ayah Dah Besar Darjah Satu Tahun Ni

Sekolah Rendah Islam Al Farabi Klang Pilihan Kami


Gelabah sebenarnya mama dan ayah ni sebab tak tahu lagi status sekolah Qaireen. Sebab daftar sekolah kebangsaan tapi list nama takde dalam rekod. Suami pula boleh buat rilek je..haha.. Mama dia ni kerisauan. Al kisah hubby plan nak hantar Qaireen sekolah rendah agama aje. Pernah interview untuk Sekolah Agama Ibnu Khaldun tapi tak lulus pula.

Kemudian jumpa Sekolah Rendah Islam Al Farabi di Kg Delek Kiri ,Klang. Mula-mula suami call katanya dah penuh. Tapi suami tetap juga nak pergi sekolah untuk tanya status. Dapatlah isi borang rayuan. Kemudian dah nak naik sekolah takde panggilan apa-apa. Sekali lagi suami pergi tanya dan Alhamdulillah rezki bila kerani maklumkan ada yang tarik diri. Syukur rezki Qaireen dapat penempatan sekolah akhirnya.

Kemudian barulah gelabah mama dan ayah ni nak beli kelengkapan sekolah cik qaireen. Disebabkan sekolah ni swasta jadi buku teks memang kena beli. Kalau ikut total yuran dan baju sekolah pun kami beli kat sana juga. Kos yuran RM1000 lebih juga. Yuran bulan RM166 macam tu. Yang bagusnya sebab sekolah ni sekali subjek sekolah agama. Jadi sekolah bermula dari 7.30 pagi sampai 3.30 petang.So tak perlu ayah dia nak ulang alik jemput anak untuk sesi sekolah agama sebab dah sekali kan.

Dan sekolah ni pun uniform dia lain kaler hijau baju dan tudung. Kain sekolah kaler hitam. Mujurlah tak beli kasut putih awal-awal sebab kasut sekolah dia pun kaler hitam. Bak kata suami tunggu dulu nak beli baju sekolah dan kasut. Takut warna lainkan. Nasiblah kan.

Hari Pertama Sekolah

Bermulalah rutin bangun pagi awal. Semangat tu malam pun lambat tidur terlalu excited nak pergi sekolah esoknya.hehe.. Raihan pun ikut sekali temankan sebab hari pertama dan seminggu orientasi ni mak ayah boleh datang sekolah lagi. Ada sesi taklimat untuk ibu bapa juga hari pertama. 


Sekejapnya Anak Mama Ayah Dah Besar Darjah Satu Tahun Ni
Dalam kelas cik qaireen

Sekejapnya Anak Mama Ayah Dah Besar Darjah Satu Tahun Ni
Mama pun enterframe sekali..hehe


Perhimpunan sekolah

Sekejapnya Anak Mama Ayah Dah Besar Darjah Satu Tahun Ni
Beratur ikut kelas 


Sebelum sesi sekolah ni sebenarnya ada ujian bertulis juga untuk tentukan kelas mana. Cik Qaireen kelas 1 Cerdik  kalau ikut kelas ke3. Mama ayah tak kisahlah qaireen kelas mana. Kelas budak pandai ke tak ke. Yang penting sama-sama belajar dengan kawan-kawan. Risau part nak beli makan kat kantin sebab qaireen ni jenis pendiam..haha... 

Kira hari pertama ni untuk makan pagi pukul 10 pagi sesi pertama untuk darjah 1 dan 2. Makan tengahari dalam 1.30 tengahari kami temankan dia makan juga tapau beli makan kat luar. Yang bagus sekolah ni pun ada solat berjemaah solat zohor untuk sesi pertama budak darjah 1 dan 2 pukul 1-1.30 tengahari. So budak senior darjah 3- 6 diorang rehat awal.


Teman makan pagi hari pertama sekolah

Pukul 3.30 petang baru habis sesi sekolah. Alhamdulillah tak meragam dan tak menangis. Cuma biasalah mula-mula kan so belum kenal kawan-kawan lagi.
Sekolah Rendah Islam Al Farabi Klang Pilihan Kami
Tengah dengar cikgu bagi taklimat
sambil jeling mama amik gambar.hehe

Sekolah Rendah Islam Al Farabi Klang Pilihan Kami
Beratur nak balik
                                
Hari ke 2 sampai Jumaat minggu pertama sekolah tu memang suami yang hantarkan dan teman makan waktu pagi. Sambil tu suami ajar dia nak beli makan or minum macam mana. In shaa Allah lama-lama pandailah tu. Walaupun duk risau lagi. Semoga cik qaireen dapat belajar dengan baik kat sekolah baru ni.


Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER