6 Kebaikan Coklat Yang Kita Harus Tahu

6 Kebaikan Coklat Yang Kita Harus Tahu


Siapa kat sini yang suka makan coklat??? Kebanyakannya ramai suka makan coklatkan. Saya pun memang peminat coklat juga. Sekarang kurang makan sebab takut gemuk..hehe...

Tapi ramai tak tahu kebaikan makan coklat kan.. saya pun baru tahu...
So harini saya nak kongsikan kebaikan coklat yang kita perlu tahu. Moga memberi manfaat. 


Kebaikan Coklat





1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.


2- Coklat Kaya Vitamin 
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.


3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.


4- Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.


5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.


6- Coklat Untuk Ghairah Seks

Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.





So dah tau kan kebaikan coklat ni. Teringat zaman sekolah berasrama dulu dapat coklat daripada adik angkat lah..boyfriendlah..hehe.. Jika anda menyusu badan pun boleh amalkan coklat untuk beri ketenangan dan perasaan gembira. Salah satu ikhtiar dan banyakkan susu. Sebab jika mood hepi dan tidak stress ia lancarkan perjalanan penyusuan anda..


Selamat makan coklat !

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER