Mama dan Qaireen seminggu di hospital

Assalamualaikum w.b.t...bertemu lagi dalam entry kali ni sambungan dari tajuk sentry saya sebelum ni 'Permata hati Mama dan Ayah;....masa entry ni ditaip saya kat ofis mencuri masa terluang coz bukan ade keje pun...huhu...


    Bila dah dibenarkan pulang ke rumah..saya ingat lagi nurse yang nk bawak saya kuar guna kerusi roda..dia cakap tunggu diorang hantar baby baru gerak..saya pun cakaplah baby saya takde kena tahan wad kat Ampuan Rahimah..huhu..so sad sgt2 coz masa tu yelah pulang tanpa baby...da la semalamnya baru bersalin...lagi2 la haru..Ya Allah masa tu nak menatap baby meluap-luap sebab dapat menatap sekejap je semalam..
    Hari ke3 selepas bersalin barulah huby bawak melawat baby kat hospital..sebelum tu huby jela ulang alik melawat Qaireen di hospital...saya jela duk rumah menunggu berita terbaru perkembangan baby..Nurse sana pesan kat huby supaya saya pam susu kat rumah untuk baby minum nanti.  Tapi sedih coz saya cuba pam susu tetap tak nak kuar...Masa tu memang stress coz sebelum bersalin da tanamkan semangat nak bagi fully breastfeeding untuk anak.
   Alhamdulillah rasa lega dapat menatap muka dan sentuh anak setelah berapa hari tak tengok. Nurse kat situ suruh saya cuba bagi baby hisap susu saya.  Hepinya bila baby pandai menghisap.  So mulai haritu nurse suh saya stay hospital memandangkan baby da boleh bernafas tanpa bantuan oksigen lagi.  Baby ditempatkan di wad biasa tanpa incubator saperti sebelumnya.  
   Sepanjang masa di hospital hanya untuk susukan baby dan hanya rehat berapa jam sahaja.  Tido tak usah citela memang tak cukup.  Tapi tak rasa penat pun walaupun ulang alik jenguk baby kat bilik nurseri untuk susukan dia tiap 2-3 jam sekali.  Susu memanglah kurang mula2 dan rasa amat2 jeles tengok kwn lain yang stay hospital jugak utnutk susukan baby coz susu diorang byk sampai bengkak cik 'b' diorang..huhu...Berkat kerajinan bagi susu badan dan pam susu (siap bawak lagi pam sendiri of coz my spectra3) yang membuatkan yang lain bertanya pasal pam saya. Rasa sikit bangga sikit and credit to huby coz spend duit beli pam tu...
   Baby semakin sihat walaupun ada kuning. Tapi makin berkurangan cuma nak tunggu result darah punyala lama dan leceh. Darah pertama yang diambil ada jangkitan kuman. Kena tunggu result kedua yang amik masa.  Baby kena tahan wad selama seminggu selama tempoh inject antibiotik.  Alhamdulillah berkat minum susu mama, Qaireen semakin sihat dan result darah pun dah takde jangkitan. Cuma tunggu green light bile boleh bawak baby balik. 
   Saat dinanti pun tibe bile rutin check doktor setiap pagi dah genap seminggu (tapi rasanya baby da 8hari kat hospital mamanya 5hari), doktor bagitau baby da boleh keluar. Alhamdulillah dan saya terus call huby bgtau berita gumbira ni. Mertua masih kat rumah so kami sama bersyukur baby sudah sihat cuma masih berjaga2 kesihatan baby.
   Alhamdulillah berkat penyusuan susu ibu sekarang Qaireen semakin sihat dan jarang sakit macam selsema dan batu. Kalau demam pun pas kena inject bulanan tu.  Semoga anak mama membesar dengan sihat dan sempurna.




Salam ceria,


Siti Nusrat Raihan Binti Haji Idris

Comments

Nur Salwa said…
nus.. nie pendapat salwa la.. nus punya tulisan kaler biru, background kaler merah.. mcm agak berpinar sikit bila membaca.. hehehehe pagi td baca entry memula tue, cantik backgroundnya..
Raihan Idris said…
ok tengah mengadjust..hehe...tq yek komen..

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER