Susuibu - kesinambungan makanan terbaik untuk si manja selepas dilahirkan
Banyak penulisan saya, saya tekankan Shaklee hanyalah untuk membantu si ibu kekal sihat, bertenaga dan mood yang stabil serta secara tidak langsung menjadi pemangkin dalam menjayakan penyusuan susuibu.
Ramai ibu yang mempunyai impian dan menetapkan matlamat untuk menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun namun tanpa disedari, adakala kita terlupa kepentingan beberapa perkara yang perlu kita tekankan untuk kita sustained dalam menghasilkan susuibu iaitu kesihatan ibu dan pentingnya penjagaan makanan harian dalam terus menghasilkan nourish milk untuk si kecil.
Ramai ibu yang mempunyai impian dan menetapkan matlamat untuk menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun namun tanpa disedari, adakala kita terlupa kepentingan beberapa perkara yang perlu kita tekankan untuk kita sustained dalam menghasilkan susuibu iaitu kesihatan ibu dan pentingnya penjagaan makanan harian dalam terus menghasilkan nourish milk untuk si kecil.
Pengambilan supplement semasa mengandung sangat ditekankan kerana si kecil dalam kandungan sangat bergantung dengan apa yang si ibu salurkan melalui darah si ibu. Tanpa kita sedari sebenarnya menyusukan anak dengan sepenuhnya adalah sama seperti kita bekalkan zat ke dalam bayi yang dikandung. Sedarkah kita hanya kerana kita mempunyai pilihan sama ada susuibu atau susu formula, maka pengambilan supplement tidak diberi perhatian yang serius. Walhal masa si kecil dalam kandungan, pengambilan supplement diberi perhatian yang serius kerana dikhuatiri anak dalam kandungan terbantut pembesarannya dan perkembangannya terencat. Namun mengapa selepas dilahirkan dan disusukan , kesihatan ibu tidak diberi perhatian yang serius?
Tetapi bila anak makin membesar dan didapati beratnya tidak memberansangkan, waktu itu kita mula mencari supplement.....alangkah baik jika kita mulakan sejak awal kelahiran?
Namun bagi yang menyedari hakikat pengambilan makanan yang tidak seimbang, cara hidup yang terkejar-kejar dan ringkas serta faktor-faktor lain seperti cara penyimpanan dan masakan mempengaruhi zat yang dimakan dan tidak kurang kepada mereka yang alah dengan sesetengah sumber makanan maka pengambilan supplement merupakan pilihan terbaik demi memastikan si ibu dapat membekalkan makanan dalam bentuk susuibu yang penuh khasiat untuk si manja.
Bagaimana dengan mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli vitamin? Kita mempunyai pilihan untuk mendapatkannya dari klinik atau hospital kerajaan bagi mengatasi masalah ini. Namun jika berkemampuan untuk membeli pam yang bagus, tidak salah kita belanjakan untuk membeli vitamin yang lebih baik. Ibarat periuk dengan beras....manakah lebih perlu dititikberatkan? Adakah periuk yang bagus atau beras yang baik? Bagi saya pastinya beras sebab ia akan bertukar menjadi nasi dan akan dimakan menjadi darah daging kita.
Kuncinya terletak pada ibu.
Bila ibu sihat, ibu dapat terus menyusukan anak.
Bila ibu sihat ibu dapat terus buat sesi perahan.
Bila ibu rajin, banyak stok yang dapat dibuat.
Ibu itu ibarat pokok. Jika pokok itu subur, insyaALLAH banyak la buahnya dan elok juga hasilnya.
Comments