Penyusuan Ketika Hamil Selamat
Panduan daripada yang berpengalaman oleh Puan Siti Nur Suraya, Pakar Laktasi
Salam semua...Rasanya da lame bebeno saya tak buat catatan terbaru oleh sebab sibuk ngan keje dan tugas di rumah. Saya pun tak rela blog saya dibiarkan begitu je dan saya nak kongsi cerita ngan semua yek. Kali ni saya nak cite pasal penyusuan ketika hamil maknanye baby anda masih belum cukup 2tahun tapi anda disahkan hamil. Camane yek nak menjayakan penyusuan ketika hamil.
Saya pun tergerak hati nak kongsi panduan ni setelah baca cite pasal ni kat majalah Pa&Ma even lum ade pengalaman lagi tapi untuk kite kongsi info same2 yek. Meh baca:
1. Diri semakin kurang selesa sewaktu menyusu apabila saiz kandungan semakin besar. Jadi, susukan anak sambil mengiring selain meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan agar kekal selesa.
2. Setiap kali sesi penyususan, rasa tidak selesa pada bahagian putting biasa dialami. Alihkan perhatian terhadap rasa sakit dengan melakukan perkara lainketika menyusukan seperti membaca majalah atau menonton televisyen.
3. Berikutan susu perahan yang semakin berkurangan, anak yang ditinggalkan di rumah pengasuh dibekalkan dengan makanan lain(bukannya susu formula). Namun, penyusuan tetap diteruskan apabila pulang dari kerja.
4. Menanam azam untuk menjayakan tandem nursing selepas melahirkan agar dapat mengurangkan risiko bengkak susu di mana anak yang lebih besar mempunyai kemahiran mengosongkan payu dara dengan lebih efisyen.
5. Komposisi susu ibu hamil mengandungi lebih sodium hingga menjadikannya sedikit masin. Jadi anak mudah dahaga walaupun selepas menyusu. Untuk itu, beri air kosong kepada anak selepas menyusukan.
Comments