Saya Bagi Susu Badan Sahaja Untuk Qaireen

Alhamdulillah Qaireen berusia 4bln lagi 2hari je pada 7.4.2011 ni  Selama itulah dia menyusu badan cuma masa kena tahan wad masa mula2 bersalin dia da terminum susu formula yang dibagi hospital sebab saya belum berkampung kat hospital.
  Sebelum saya mengambil keputusan bagi susu badan untuk anak, saya dan suami pernah merancang nak bagi susu formula yang terbaik untuk anak. Masa tu saya sedang mengandung dan belum ada pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu. Dan semuanya terdetik bila saya melawat Facebook kawan lama satu sekolah teknik dulu. Melihat rezki susu yang banyak hanya dengan pam susu sahaja boleh menghasilkan stok untuk bekalan anak bila bekerja nanti. Rasa amat teruja bila tengok stok die tau. Credit to Nur Salwa yek sebab diala yang sumber inspirasi saya salam breastfeeding ni.
  Maka dengan penuh semangatnya saya memasang niat nak bagi susu badan bile baby dah lahir nanti. En Huby pun tengok gak gambar stok susu Nur Salwa die pn terus support saya. Dengan penuh semangat dan tanda sokongan en huby pun membelikan pam Spectra3 (saya yang nak coz rase cm senang pakai karen tak penat pakai tangan, tapi ikut keselesaan masing2). Thanks huby coz segala sokongan dan pengorbananmu amatlah saya hargai (kena puji lebih ni coz mesti huby bagi hadiah nanti..haha)
  Alhamdulillah bila da mula kerja, pam tu lah sentiasa menemani saya tiap kali nak pegi keje(saya keje shift masa nak pam tak tentu tapi still pam 2-3 jam sekali dapatlah 3 sesi mengepam). Stok susu alhamdulillah mencukupi walaupun tak la semeriah kawan2 breastfeeding yang lain. Saya amat bersyukur kerana diberi kesedaran untuk memberikan susu badan untuk anak saya hingga sekarang.
  Susu Ibu adalah susu yang terbaik. So kepada semua(terutama bakal ibu dan wanita yang belum berkahwin dan belum mempunyai anak), pilihan di tangan anda samada nak bagi susu badan atau susu formula kepada anak kita nanti. Kita hanya nak yang terbaik untuk anak kita. Sama2lah kita tanamkan semangat untuk sama2 berjuang dalam penyusuan susu ibu sehingga umur 2tahun (harap2 berjaya).
 
Sharing is Caring...

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER