Berjayakah Penyusuan Tanpa Stok Susu?

Sekarang ni kebanyakan ibu menyusu membuat simpanan stok susu perahan (yang dibekukan) dengan begitu banyak, sehingga terpaksa membeli peti sejuk khas (deeppfreezer), malah terlalu banyak sehingga stok lama sudah mencapai tarikh luput. Maka terpaksalah buat mandi susu.
Perkembangan ini sangatlah positif, memandangkan kini konsep ibu dan anak susuan kembali mengambil tempat (menggantikan peranan susu formula bagi ibu2 yang tidak boleg menyusukan anaknya). Jadi susu yang banyak2 tu boleh beri kepada anak-anak ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan yang kurang positif terhadap sesetengah ibu, terutama yang kurang sokongan.
Misalnya merasakan bahawa tanpa stok sebegitu banyak, seorang ibu itu tak mampu membekalkan susu badan yang cukup untuk anaknya (terutama ibu bekerja). Sebenarnya tidak, selagi si ibu boleh membekalkan susu mengikut keperluan anaknya, pasti dapat menyusukan dengan berjaya.
Stok susu sebenarnya untuk kegunaan ketika ibu mengalami masalah kekurangan susu, misalnya ketika menses. Oleh itu, ia bukan sesuatu yang wajib. Lebih2 lagi untuk mempunyai berpuluh malah beratus botol stok susu.
Walau bagaimanapun, adalah ideal bagi seorang ibu bekerja untuk mengepam dan menyimpan susu badannya 1-2 minggu sebelum balik bekerja.
Yang penting, pam susu anda dengan kerap bagi mengelakkan terjadinya masalah kekurangan susu, terutama bagi ibu yang tidak menyimpan stok.

Comments

Popular posts from this blog

OsteMatrix

SHAKLEE: Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER